Powered By Blogger

Monday, May 21, 2012

Kasih cinta sebelum illahi memanggil pergi

Beribu bintang menjadi saksi, Saksi cinta antara kita, Kau bisikkan kau menyayangi ku, Terngiang-ngiang di angin lalu... Setelah sekian lama bermadu asmara, Setiap dugaan diharungi bersama, Walau ketika kecundang jua, Namun hatiku tetap setia... Kau bagai sang juara, Walau seribu membantah suara, Kau tetap mekar dalam doa, Agar sentiasa menjadi yang setia... Buat mu kekasih, Doa buat mu agar kau sentiasa ku kasih... Tersenyum, tersenyum menatap gambarmu, Masih ku tersenyum walau aku pasti, Pasti yg Maha Kasih akan memisahkan ku dgn mu, Ku berharap kau jua begitu, Kerna aku juga tidak pernah berjanji, Berjanji utk sentiasa bersamamu... Semoga kita sentiasa menghargai cinta ini, Menghargai sebelum terjadi perpisahan nanti, Walau tidak sanggup, terpaksa pergi, Membawa hati kepada yg Memiliki... ~SNACY~

Yang Terbaik

Yang terbaik itu lah apa yg ku ingini dari Allah swt... tidak pasti dengan keinginan sendiri tetapi apa yang pasti adalah kegembiraan dunia dan akhirat buat diri dan keluarga...




Bila umur sudah semakin meningkat, kepentingan utk diri sendiri dah makin berkurang... tetapi masih ada lagi yg belum dikecapi... keinginan itu lah yg diharapkan dapat ku capai biar pun utk sementara...

Mari kita berkongsi kisah hidup... dapat idea bila student2 cakap,'cikgu, buat la cerpen... sweet nyer kisah hidup cikgu....'


Bila ada student cakap mcm tu, kelakar ader, sedih pun ader...


Kisah hidup warna-warni ini bermula sejak dari bangku sekolah lagi... mungkin disebabkan diri ini tidak terkenal dikalangan kawan2... naluri manusia yg inginkan apa yg orang lain juga milik.


Masa zaman sekolah, susuk badan ku dulu boleh dikategorikan sebagai 'papan' sbb kurus dan tak ada shape kot. Tapi nak buat mcmn, makan dah banyak tp badan mcm tu juga. Sampai satu tahap, mama bagi minum susu. Sungguh tak suka rasanya, mungkin sbb tu susu yg khas utk tulang... Salah bg susu... Cerita kisah susu nih, teringat masa zaman duduk kat hostel. Setiap minggu mama bawak bekal susu kotak ducth lady. Setiap pagi minum sekotak dan masa rehat sekotak lg. Sampai kwn2 tegur sedap ke susu kotak tu? Wha... Sedap mcm rasa susu lah kan... Lg pun kat koop sentiasa ada jual susu kotak mcm2 perisa... Tp sekarang dah tak ada lg susu kotak dijual di koop. Banyak air yg main lain... Sambun cerita lain kali pula... Tak der apa pun yg best kan? Baru warmming up jemari....

Minda ku 1

Bila adanya bunyi, diminta senyap... Bila senyap, dicarinya bunyi yg lain... Bila wujud, ditutupkan mata... Bila hilang, jgn dikata ia dusta... Tuhan itu Maha Adil, Maha Bijaksana... Tidak perlu dipertikai... Pada zaman dahulu, ia pernah berlaku dan Tuhan pernah memberi keadilan itu... Ia mmg tak diduga... Adakah masa kini, inginkan ia berulang kembali? Begitu sukar utk duduk didalam ruang bahagia, jd jgn disia-sia hingga kita terluka. ~ wah... I'm back... Huh, dah lama tak wat kerja2 nih... My kretif mind dah lama tak di asah sejak bekerja. This is how i relax my mind. Plz jgn pikir bukan2... Ini hanya luahan minda kreatif saya.

Saturday, February 19, 2011

Mu'az






Anak yang sulung lahir pada 2009 bulan 7 pada hari Jumaat, 3 hb bersamaan 9 Rejab 1430H pada jam 9:05 malam.
Kelagaan melahirkan Mu'az disusuli dengan pandangan yg penuh redup dari anak kesayangan yg tidak menangis kecuali ketika nurse membersihkan saluran pernafasan... Sejuk hati umi memandang...
Kononnyer nak bagi susu badan, tapi takut nak ambik Mu'az sbb nurse x tanya aper pun masa tu... nurse terus je letak dalam tempat khas baby... sampai lah masa utk dibawa ker wad... akhirnya Mu'az disusukan oleh nurse... disebabkan hampir 13 jam keletihan tidak makan dan menahan kesakitan melahirkan Mu'az, umi tak sedar langsung bila dah tidur...

Alhamdulillah Mu'az tak banyak ragam sehingga nurse tak kisah nak menyusukan dia...

Seorang anak yg sangat cerdas... cepat dalam psikomotor... dalam berkata-kata, Mu'az sangat berhati-hati... perkataan yg dikeluarkan selalunya hampir tepat bunyi nya walaupun pertama kali menyebut.
~ abah
~ mama
~ cantik
~ tu haa
~ star
~ kum (assalamualaikum)

Membebel hanya pada org-org tertentu. Sangat pemalu dgn org luar tp jgn hulur makanan. Suka gambar dia diambil. Suka cium gambar adik dia dan suka tengok gambar kereta.

Buat pertama kalinya...

semoga dengan adanya blog ini, dapatlah keinginan ku tercapai satu hari nanti... tak pernah betul-betul menggunakan blog... senang jer rupanya...



First time post gambar... suka-suka jer... First car given to me from my hubby...